Persoalan
falsafah, "Apa
makna hidup?"
mempunyai makna yang berbeza bagi setiap orang. Kekaburan pertanyaan
ini terwujud dalam perkataan "makna" yang menyebabkan persoalan ini
boleh ditaksif dengan pelbagai cara, umpamanya:
- Apakah puncanya hidup?
- Apakah sifatnya hidup (dan sifat alam semesta kita)?
- Apakah maksudnya hidup?
- Apakah yang bernilai dalam hidup kita?
- Apakah tujuan hidup ataupun tujuan dalam kehidupan seseorang?
Soalan-soalan ini telah menimbulkan pelbagai jawapan yang
bertentangan serta perdebatan dari teori-teori saintifik ke teori-teori
falsafah,
Ramai orang mempercayai bahawa makna hidup adalah untuk:
- mengumpulkan harta kekayaan;
- memajukan perkembangan manusia yang semula jadi, ataupun menyumbang kepada takung gen manusia;
- memajukan evolusi teknologi, ataupun giat dalam pengembangan manusia kemudian hari;
- bersaing atau bekerjasama dengan orang lain;
- membunuh untuk mempertahankan diri atau sebaliknya, mengamalkan ketidakganasan dan ketidaktentangan;
- menunjukkan belas kasihan;
- memperoleh atau menggunakan kuasa;
- memberi atau menerima kasih sayang;
- mempelajari atau mencari kesedaran;
- meninggalkan pusaka, seperti karya atau buku;
- berhidup secara damai dengan orang lain dan berharmoni dengan alam semula jadi;
- melahirkan anak-anak melalui pembiakan seks;
- memburu idaman, impian ataupun takdir;
- memahami, berbaik dengan, ataupun mencapai perpaduan dengan orang lain;
- mencari hakikat, pengetahuan, pemahaman ataupun kebijaksanaan;
- mencari dan memperoleh sifat baik, atau hidup dalam kemuliaan;
- mencari dan memperoleh keindahan;
- mencari kebebasan, baik dari segi fizikal, mental, kewangan ataupun rohaniah;
- mencari kebahagiaan dan berkembang maju, mengalami nikmat atau meraikan;
- berkhidmat kepada orang lain atau melakukan perbuatan baik;
- hidup sahaja sehingga mati (tiadanya tujuan umum ataupun firdausi,
kewujudan tidak mempunyai makna lain selain daripada makna yang
diberikan sendiri);
- hidup, termasuk memburu keabadian melalui cara saintifik (sila lihat ekstensi hidup);
- bertugas untuk keadilan dan demokrasi;
- menyembah, menjadi hamba Tuhan ataupun untuk mencapai penyatuan dengan Tuhan; ataupun
- penggabungan unsur-unsur di atas.
Yang dipersetujui oleh ahli-ahli sains dan ahli-ahli falsafah tentang
makna hidup adalah anggapan bahawa selok-belok hidup (iaitu alam
semesta) dapat ditentukan. Oleh sebab itu, makna hidup boleh diperolehi
melalui pemahaman selok-belok alam semesta, termasuknya selok-belok
badan manusia. Walau bagaimanapun, sebenarnya tiada pandangan saintifik
mengenai maksud hidup biologi selain daripada fungsi biologi yang dapat
dilihat, yakni untuk meneruskan dan membiak diri. Dalam hal ini, sains
cuma menanyakan soalan-soalan kuantitatif seperti: "Apakah yang dibuat?"
"Dengan cara apa?" serta "Sejauh mana?" dan bukannya "Bagi tujuan apa?"
Akan tetapi, sesama dengan falsafah, sains menghadapi kelima-lima
tafsiran tentang maksud hidup secara langsung, dan mencuba menjawab
setiap soalan dari segi apa-apa yang wujud ataupun perhubungannya dengan
manusia (iaitu merupakan tujuan sains).
Oleh sebab ini, persoalan "Apakah asalnya hidup?" telah menghasilkan
Teori Dentuman Besar dan
Teori Evolusi yang menerangkan dari mana datangnya alam semesta,
matahari,
planet dan manusia, akan tetapi ia tidak dapat lagi menerangkan asalnya
bentuk hidupan mikroskop yang pertama. Sebilangan ahli sains menganggap bahawa hidup di bumi bermula apabila
kilat,
komet atau
meteor ataupun peristiwa kemalangan yang lain menimpa dan menyebabkan sekumpulan
sebatian organik bergabung untuk menjadi
sel
primitif. Sel ini boleh membiak dan kemudiannya berkembang menjadi
bentuk-bentuk hidupan yang lebih tinggi. Berdasarkan teori-teori yang
sama ataupun lebih kurang sama, sebilangan ahli falsafah telah
mengatakan bahawa oleh sebab hidup adalah kebetulan sepenuhnya, kita
tidak boleh menjangka bahawa hidup mempunyai makna apa-apa selain
daripada pengekalan diri melalui
pembiakan.
Bagi menjawab persoalan "Apakah sifatnya hidup (dan alam semesta
kita)?", ahli sains telah mengemukakan pelbagai teori ataupun pandangan
dunia sejak beberapa abad dahulu, termasuknya
pandangan heliosentrik Nicolaus Copernicus dan
Galileo Galilei, alam semesta mekanik lancar
Renes Descartes dan
Isaac Newton,
Teori Kerelatif Am Albert Einstein serta
Teori Camuk Benoit Mandelbrot, untuk memahami alam semesta kita. Pada waktu yang sama, ramai ahli sains dalam bidang biologi dan
perubatan telah membedah
mayat manusia secara terperinci untuk memperolehi kefahaman sifat hidup biologi.
Persoalan "Apakah maksud hidup?" telah menumpukan perhatian ahli-ahli
sains kepada persoalan maksud serta bagaimana ia diperolehi dan
dikemukakan (sila lihat
semiotik).
Soalan ini telah diperiksa dengan teliti dari segi perhubungan di
antara hidup dengan persekitaran (alam semesta) dan sebaliknya. Oleh
sebab itu, dari segi sains, maksud hidup merupakan "apa itu hidup",
"apakah yang dibuatnya", dan "mengapa ia membuat begitu".
Soalan-soalan "Apakah yang bernilai dalam hidup?" dan "Apakah tujuan hidup (seseorang) merupakan perkara pokok sains-
sains sosial.
Soalan-soalan sebegini telah diperiksa dengan teliti oleh ahli-ahli
sains setiap hari dari segi bentuk-bentuk hidupan yang dikaji dalam
pencubaan untuk menerangkan kelakuan dan interaksi manusia (termasuk
juga setiap jenis haiwan). Penyelidikan nilai telah menghasilkan bidang
Ekonomi dan
Sosiologi. Penyelidikan motif (yang membayangkan apa yang bernilai bagi seseorang) dan persepsi nilai merupakan perkara bidang
Psikologi.
Pandangan falsafah
Nilai sebagai makna
Oleh sebab teori-teori mengenai nilai bertujuan menjawab soalan
"Apakah yang bernilai dalam hidup?", ia merupakan teori makna hidup:
ahli-
ahli falsafah yang agung seperti
Socrates,
Plato,
Aristotle,
Descartes,
Spinoza,
Ayn Rand dan lain-lain lagi mempunyai pandangan yang jelas tentang jenis kehidupan yang terbaik, iaitu yang lebih bermakna.
Pandangan ateis
- Rencana utama: Ateisme
Dengan erti kata yang sebenarnya, "atheisme" merupakan kepercayaan
bahawa tuhan ataupun kuasa ghaib tidak wujud dan oleh demikian,
alam semesta dan
manusia bukan dicipta olehnya. Atheisme berkait dengan salah tiga daripada lima tafsiran tentang persoalan makna hidup:
- "Apakah asalnya hidup?"
- "Apakah sifatnya hidup (dan alam semesta di mana kita hidup)?"
- "Apakah tujuannya hidup ataupun tujuan dalam kehidupan?"
Oleh sebab mereka tidak percaya bahawa tuhan-tuhan ada kena-mengena dengan hidup, kebanyakan
ateis
percaya bahawa hidupan berkembang dan bukannya dicipta. Disebabkan
ketiadaannya tuhan-tuhan di alam semesta, sifatnya hidup tertinggal
kepada kita untuk menentukannya dengan cara yang saintifik, dan kita
sendiri terpaksa memastikan tujuan hidup kita.
Walau bagaimanapun, "atheisme" merupakan istilah yang relatif.
Kebanyakan orang akan menganggapkan diri sebagai ateis terhadap
tuhan-tuhan
Babylonia,
Egypt,
Yunani dan
Roman. Kebanyakan orang
Kristian,
Yahudi dan
Islam juga merupakan ateis terhadap agama Timur seperti
agama Buddha,
Hinduisme dan
Taoisme bagi alasan yang sama, dan sebaliknya dengan
penganut Buddha,
Hindu
dan Taoisme berhubungan dengan agama-agama Barat. Walaupun "ateis"
biasanya digunakan untuk sesiapa yang tidak percaya kepada Tuhan ataupun
tuhan-tuhan yang digambarkan oleh mana-mana satu daripada agama-agama
ini, ateis-ateis ini juga menuntut bahawa agama adalah mitologi yang
bodoh dan nyatanya direka.
Kebanyakan ateis menganggapkan diri sebagai
agnostik
dari segi persoalan wujudnya atau tidaknya kuasa ghaib walaupun mereka
tidak percaya kepada agama-agama sezaman. Mereka mengemukakan alasan
bahawa kewujudan atau tidak kuasa tersebut tidak dapat ditentusahkan,
sedangkan kami boleh melihat pengaruh usaha manusia dengan terang
tentang penciptaan dan pengembangan pelbagai mitologi di sepanjang
sejarah (termasuk agama-agama sezaman).
Oleh sebab ateisme ditakrif dengan ketiadaannya tuhan, "ateis"
selalunya ditakrifkan dengan apa yang mereka tidak percaya dan bukan
dengan apa yang dipercayai mereka. Dalam konteks ini, kebanyakan orang
yang tidak mempercayai kepada tuhan berpendapat bahawa "ateisme"
merupakan label yang digunakan untuk menghina mereka oleh
penganut teisme.
Dengan demikian, ramai ateis menganggap ateismenya tidak beberapa
penting kepada kedudukan falsafah utama mereka, dan lebih suka ditakrif
dengan apa yang dipercayai sebenarnya. Ateisme merupakan sebahagian
daripada falsafah-falsafah dan teori-teori asal usul yang lain,
termasuknya
evolusionisme,
eksistensialisme,
Darwinisme,
humanisme,
nihilisme dan
humanisme trans. Sekiranya tiada Tuhan, makna hidup tertinggal kepada kita untuk mencarikan ataupun mentakrifkannya.
Pandangan eksistensialis
- Rencana utama: Eksistensialisme
Arthur Schopenhauer, seorang ahli falsafah
abad ke-19
memberikan jawapan yang suram dengan penentuannya bahawa hidup cuma
merupakan bayang kehendak seseorang dan kehendak ini merupakan desakan
yang tidak bertujuan, tidak rasional dan yang menderitakan. Walau
bagaimanapun, beliau menganggapi bahawa penyelamatan, pembebasan ataupun
pelepasan daripada penderitaan boleh didapati melalui pentafakuran,
simpati kepada orang lain serta penghidupan
zahid.
Menurut ahli falsafah
Martin Heidegger,
manusia dilontar ke kewujudan. Pendukung eksistensialisme menganggapi
bahawa pelontaran ini wujud sebelum apa jua pemikiran dan gagasan yang
dipunyai manusia atau tafsiran-tafsiran tentang dirinya sendiri yang
diciptanya. Sebagaimana yang dikatakan oleh Jean-Paul Sartre: "kewujudan
datang sebelum intipati", "manusia wujud terlebih dahulu, menemukan
diri, meluru dalam dunia dan kemudiannya baru mentakrifkan diri.
Tiadanya sifat manusia disebabkan tiada
Tuhan untuk mengkonsepsikannya."
Oleh sebab ketiadaannya sifat manusia yang dipastikan terlebih dahulu
atau penilaian terakhir selain daripada apa yang ditonjolkan oleh
manusia kepada dunia, manusia cuma boleh dinilaikan ataupun ditafsirkan
melalui tindakan-tindakan dan piihan-pilihan mereka. Pilihan merupakan
penilai yang terakhir. Sekali lagi Jean-Paul Sartre disebut sebagai
berkata: "Manusia tidak merupakan apa-apa selain daripada apa yang
dijadikannya kepada diri sendiri".
Pandangan penyokong humanisme
- Rencana utama: Humanisme
Bagi penyokong humanisme, tujuan hidup adalah terbina dalam, yakni untuk
membiak.
Inilah cara bagaimana manusia menjadi apa yang terwujud sekarang:
makhluk membiak berturut-turut dalam evolusi tidak berpandu, sebagai
sebahagian utama alam semula jadi yang berwujud kendiri. Tujuan hidup
adalah tidak sama dengan tujuan manusia walaupun ia merupakan salah satu
faktornya. Tujuan manusia diputuskan oleh manusia sendiri tanpa
sebarang pengaruh kuasa ghaib. Serupa juga dengan pengetahuan yang bukan
berasalnya daripada sumber-sumber kuasa ghaib, tetapi teralir daripada
pencerapan, pengujikajian dan analisis rasional, seelok-eloknya melalui
kaedah sains:
sifat alam semesta merupakan apa yang kita menanggapnya. Begitu juga
dengan nilai-nilai etika yang berasal daripada keperluan dan kepentingan
manusia yang telah diuji melalui pengalaman.
Kepentingan kendiri yang memakrifatkan merupakan teras humanisme. Hal
yang terpenting dalam hidup ialah manusia, dan sebagai pelanjutan, ras
manusia dan
alam sekitar
yang kita hidup. Kebahagiaan seseorang tidak boleh dipisahkan daripada
kebahagiaan kemanusiaan pada keseluruhannya. Antara sebabnya, kita
adalah makhluk sosial yang memperolehi makna daripada
perhubungan-perhubungan serta kerana kemajuan kebudayaan memanfaatkan
setiap orang yang hidup dalam budaya itu.
Apabila dunia bertambah baik, kehidupan juga berikut bersama-sama.
Sedangkan setiap orang ingin berhidup secara sempurna, pendukung
humanisme berpendapat bahawa adalah mustahak bahawa hasrat ini dituju
dengan cara yang mempertingkatkan kedudukan semua manusia. Walaupun
evolusi spesies manusia merupakan sebahagian besar daripada fungsi alam
semula jadi, evolusi kemanusiaan adalah di dalam tangan kita sendiri.
Oleh sebab itu, kita bertanggung jawab untuk memajukannya sehingga
mencapai idaman yang tertinggi. Dengan cara yang sama, humanisme juga
tengah berkembang disebabkan pendokongnya menyedari bahawa nilai-nilai
dan idaman-idaman, jadi juga makna hidup, tertakhluk kepada perubahan
yang selaras dengan perkembangan pemahaman kita.
Pandangan penihilis
- Rencana utama: Nihilisme
Friedrich Nietzsche
menyifatkan nihilisme sebagai pengosongan dunia, terutamanya kewujudan
manusia, daripada makna, tujuan, kebenaran yang dapat difahami, ataupun
nilai-nilai yang terpenting. Istilah "nihilisme" datangnya daripada
bahasa Latin,
nihil, yang bermakna "tidak ada apa-apa". Nietzsche menyifatkan agama
Kristian
sebagai sebuah agama nihilisme kerana ia memindahkan makna hidup dari
dunia ini kepada apa yang dikatakan hidup selepas mati. Beliau juga
menganggapi nihilisme sebagai kesudahan yang semula jadi tentang gagasan
ketiadaannya
Tuhan, dan berkeras mengatakan bahawa makna hidup harus dipulangkan ke dunia ini.
Martin Heidegger
menyifatkan nihilisme sebagai keadaan yang tidak ketinggalan apa-apa
mengenai hidup", dan memperdebatkan bahawa nihilisme bergantung kepada
nilai hidup sahaja.
Nihilisme menolak segala tuntutan mengenai pengetahuan dan kebenaran,
dan menjelajah makna hidup tanpa kebenaran yang dapat diketahui.
Walaupun nihilisme bercenderung kepada sifat mudah berputus asa,
seseorang boleh mencari kekuatan dan alasan untuk keraian melalui
pelbagai hubungan manusia yang unik. Dari segi nihilisme, sumber
nilai-nilai moral yang muktamad adalah lebih pada individu daripada
kebudayaan atau asas rasional (ataupun asas objektif) yang lain.
Pandangan positivis
- Rencana utama: Positivisme logik
Mengenai makna hidup,
Ludwig Wittgenstein dan penyokong-penyokong postivisme logik berkata:
- "Dari segi bahasa, soalan ini tidak bermakna. Ini disebabkan "makna
x" merupakan istilah hidup yang sering dikaitkan dengan akibat x atau
maksud x, ataupun dengan sesuatu yang kena diambil perhatian mengenai x,
dan sebagainya. Apabila "hidup" dipergunakan sebagai "x" dalam frasa
"maksud x", penyataan itu berulang dan menjadi karut."
Dengan kata lain, benda-benda dalam kehidupan seseorang boleh
mempunyai makna (kepentingan), tetapi hidup pada dirinya tidak mempunyai
makna apabila diasingkan daripada benda-benda tersebut. Dalam konteks
ini, kehidupan seseorang dikatakan mempunyai makna (makna kepada dirinya
sendiri dan kepada orang lain) dalam bentuk peristiwa-peristiwa
disepanjang hidupnya serta kesudahan hidupnya dari segi pencapaian,
pusaka,
keluarga,
dan lain-lain lagi. Tetapi untuk mengatakan bahawa hidup pada dirinya
mempunyai makna merupakan kesalahgunaan bahasa kerana apa yang bermakna
ataupun yang penting cuma berkaitan dengan sesiapa yang mengalaminya.
Bahasa cuma boleh menyempurnakan jawapan yang bermakna sewaktu ia
merujuk kepada alam di dalam alam hidup. Akan tetapi ini tidak boleh
jadi kerana sewaktu soalan ini keluar daripada lingkungan bahasa dan
melanggari had konteks bahasa, ia menjadi rosak. Jawapan kepada soalan
yang rosak merupakan jawapan yang silap ataupun tidak kena mengena.
Ahli-ahli falsafah selain Wittgenstein telah cuba menemui apa yang bermakna di dalam kehidupan melalui penyelidikan
kesedaran
di dalamnya. Akan tetapi sewaktu ahli-ahli falsafah tersebut cuba
mencari tafsiran "Makna Hidup" yang holistik untuk kemanusiaan, mereka
menemui kebuntuan oleh model
linguistik Wittgenstein.
Positivisme logik menegaskan bahawa penyataan-penyataan bermakna cuma
jika ia dapat ditentusahkan. Penyataan-penyataan boleh ditentusahkan
cuma dengan dua cara yang berbeza sama sekali:
- penyataan empirik, termasuknya teori-teori saintifik yang boleh ditentusahkan dengan uji kaji dan bukti; dan
- kebenaran analisis yang merupakan betul atau salah mengikut tafsirannya.
Selain daripada ini, yang lain termasuknya etika dan
estetika
tidak bermakna dan tergolong dalam bidang "metafizik". Sebagai
kesudahan, falsafah yang sungguh-sungguh tidak boleh terlibat dalam
metafizik. Oleh sebab itu,
kebebasan bertindak tidak merupakan kenyataan yang tegas oleh penyokong positivisme, sedangkan
teleologi merupakan bidang yang terdekat yang dapat ditentusahkan.
Pandangan pragmatis
- Rencana utama: Pragmatisme
Ahli-ahli falsahah pragmatisme mencadangkan bahawa lebih daripada
kebenaran hidup, kita perlu mencari pemahaman hidup yang berguna.
William James
memperdebatkan bahawa kebenaran boleh dicipta tetapi tidak boleh
dicari. Oleh sebab itu, makna hidup merupakan kepercayaan mengenai
tujuan hidup yang tidak boleh bercanggah dengan pengalaman kehidupan
seseorang yang bertujuan. Secara am, ini bermaksud: "Makna hidup
merupakan tujuan-tujuan yang menyebabkan anda menghargainya." Kepada
penyokong pragmatisme, makna hidup, yakni kehidupan anda, boleh ditemui
cuma melalui pengalaman.
Pragmatisme adalah aliran fikiran falsafah yang berasal dari Amerika Syarikat pada akhir
1800-an. Pragmatisme disifatkan oleh desakan akibat-akibat, kebergunaan, dan praktikalnya sebagai bahan-bahan kebenaran.
Pragmatisme membantah pandangan bahawa konsep-konsep manusia dan daya
fikirnya melambangkan hakikat, dan oleh sebab ini, ia bertentangan
dengan aliran fikiran falsafah
formalis dan
rationalis.
Lebih daripada ini, pragmatisme menganggapi bahawa cuma melalui
perjuangan organisma yang cerdas dengan persekitarannya bahawa
teori-teori dan data dapat memperolehi kepentingan. Walau bagaimanapun,
pragmatisme tidak menganggapi bahawa kesemua yang berguna atau praktikal
kena dianggapi sebagai yang benar, termasuknya apa-apa yang membantu
kehidupan kita pada jangka masa yang pendek; penyokong pragmatisme
memperdebatkan bahawa apa yang kena dianggapi sebagai benar merupakan
apa yang terbanyak menyumbang kepada kebaikan manusia dalam jangka masa
yang panjang.
Pada praktiknya, ini bermakna bahawa bagi penyokong pragmatisme,
tuntutan teori kena terikat kepada prosedur penentusahan, yakni
seseorang harus berupaya membuat ramalan dan mengujikannya, dan pada
akhirnya, keperluan manusia boleh memandukan laluan tanya siasat
manusia.
Pandangan penyokong transhumanisme
- Rencana utama: Transhumanisme
Transhumanisme merupakan lanjutan kepada humanisme. Serupa dengan
humanisme, ia mengajukan bahawa kita harus mencari kebaikan manusia pada
keseluruhnya. Tetapi ia juga menegaskan bahawa kita harus memperbaiki
badan kita secara aktif melalui
teknologi supaya dapat mengatasi had-had
biologi seperti kematian, kelemahan fizikal,
muatan ingatan, dan sebagainya. Mula-mulanya, ini bermakna kita semua harus menjadi
manusia bionik, akan tetapi dengan kemunculan
biokejuruteraan,
pilihan lain telah disediakan. Oleh sebab itu, tujuan utama
transhumanisme adalah untuk menjadikan manusia sebagai posmanusia (
posthuman), iaitu waris kepada
homo sapiens:
homo ekselsior.
Pencapaian matlamat yang terunggul ini sudah tentu akan dipergunakan
untuk penduduk semasa sebelum mereka mengalami akibat-akibat kematian
atau menjadi tua. Pandangan-pandangan yang serupa termasuk
ekstropianisme
dan ekstensi kehidupan. Oleh sebab itu, dari segi lima tafsiran yang
dikemukakan pada permulaan rencana ini, makna hidup bagi penyokong
transhumanisme adalah bahawa:
- hidup berasal daripada evolusi;
- sifat hidup merupakan apa sahaja yang kita menanggapnya melalui pencerapan saintifik dan pengukuran;
- manusia, dan apa yang dia akan berkembang terjadi, merupakan hal yang terpenting dalam kehidupan;
- hal-hal yang paling bernilai dalam kehidupan merupakan keupayaan
berbaik dengan orang lain dan pemajuan cara hidup kesemua manusia;
adalah sangat penting bagi kita mengawalkan sifat kehidupan untuk
memperbaiki sifat-sifat kita.
Kepercayaan agama
- Rencana utama: Agama
Sering disarankan bahawa agama merupakan gerak balas keperluan
manusia bagi memberhentikan kekeliruan, atau ketakutan mati (dan hasrat
iringan untuk menghidup). Dengan mentakrifkan sebuah alam di luar
kehidupan (alam rohaniah), keperluan ini dapat dipenuhi dengan
pembekalan makna, tujuan dan harapan untuk kehidupan kita yang tidak
bermakna, tidak bertujuan serta yang terbatas. Kebanyakan orang yang
percaya kepada Tuhan peribadi akan bersetuju bahawa Tuhan adalah "di
mana kita hidup, bergerak dan wujud". Menurut tanggapan ini, kami harus
mencari pihak yang berkuasa yang boleh memberikan makna kepada kehidupan
kita dan membekalkan kita dengan tujuan melalui panduannya. Keputusan
mempercayai pihak berkuasa ini digelarkan "pelompatan kepercayaan" dan
pada umumnya, kepercayaan ini merupakan makna hidup orang yang beriman.
Sebuah contoh yang menunjukkan bagaimana agama boleh mencipta tujuan boleh didapati dalam cerpen penciptaan
Wasiat Lama:
tujuan manusia adalah untuk "berhasil, berganda dan menambah lagi di
alam, serta menaklukinya" Genesis 1:28. Ini mempertunjukkan bahawa
pembiakan, pemeliharaan alam dan kawalan persekitaran merupakan tiga
tujuan yang telah ditetapkan oleh Tuhan untuk manusia. Walau
bagaimanapun, arahan-arahan yang diberikan oleh Tuhan dan makna hidup
(atau tujuan kewujudan) tidak merupakan benda yang sama.
Lagi satu contoh, yakni kali ini daripada
Wasiat Baru, adalah dua rukun yang teragung daripada Mark 12:28-31:
- "Rukun yang pertama di antara semua rukun ialah: 'Dengar, O Israel,
Tuhan adalah satu. Dan engkau kena memberi kekasihan kepada Tuhan dengan
setulus hati, dengan setulus jiwa, dengan segala minda, dan dengan
segala kekuatan. Ini merupakan rukun pertama. Dan yang kedua adalah:
"Engkau kena menyayangi jiran engkau seperti diri kendiri.' Tiadanya
rukun yang lebih mustahak daripada rukun-rukun ini."
"Soal Jawab Agama Secara Ringkas Westminster" ("
The Westminster Shorter Catechism")
menyelidiki sejarah mengenai apa yang Tuhan telah mengajari manusia,
dan meringkaskannya pada permulaan terbitannya: "tujuan utama manusia
adalah untuk menyembah Tuhan, dan merasai nikmatNya untuk
selama-lamanya".
Pandangan
Islam adalah bahawa Tuhan mencipta manusia untuk satu tujuan sahaja, iaitu untuk menyembahNya: "Aku tidak mencipta
jin
dan manusia melainkan untuk menyembah Aku." (Qur'an, 51:56).
Penyembahan dalam Islam bukan sahaja bermakna melaksanakan upacara amal,
tetapi juga merangkumi bekerja, menghasilkan, membuat pembaharuan serta
meningkatkan taraf penghidupan supaya dapat mentaati Allah. Bagi orang
Islam, hidup adalah satu ujian. Kejayaan anda dalam ujian ini akan
menentukan ke mana anda akan pergi:
Syurgakah ataupun
Neraka.
Meskipun, tiada satu pun daripada pendekatan-pendekatan ini dapat
memberi jawapan yang sempurna kepada soalan "Apa makna hidup?" apabila
soalan ini ditanyai dalam konteks falfasah. Bukannya jawapan yang
sempurna bila dikatakan: "Percayailah dan engkau akan memahami." Ini
disebabkan ia tergantung kepada kepercayaan yang membuta babi terhadap
pengajaran yang disampaikan, dan bukannya melalui logik, kebijaksanaan
dan pengalaman peribadi. Dari segi ini, agama cuma memberitahu anda
melalui siri rukun tentang apa yang kena dipercayai dan apa perlu
dibuat.
Jawapan-jawapan teologi yang tulen seumpama ini menimbulkan
soalan-soalan lain. Contohnya, sekira kita wujud untuk mematuhi,
bagaimanakah pematuhan ini akan memperbaiki kita? Sekiranya kita hidup
untuk menyembah Tuhan, apakah tujuan Tuhan, dan bagaimanakah ini akan
memperbaiki kita? Bagi orang-orang yang beriman, mereka mungkin juga
berasa bahawa perintah-perintah yang dogmatik sebegini tidak memuaskan.
Pandangan rohaniah
Mitch Albom mengemukakan beberapa persoalan yang menarik dalam buku larisnya, "Selasa-selasa dengan Morrie" ("
Tuesdays with Morrie") mengenai seorang
profesornya
yang hampir mati. Kehidupan Albom sebagai pengarang sehingga masa itu
sia-sia sahaja kerana beliau mengejari benda-benda yang dikatanya salah:
rumah-
rumah yang lebih besar, kereta-
kereta SUV
yang lebih besar, dan pendapatan yang lebih lumayan. Walau berapa besar
pun, benda-benda tersebut tidak dapat mengisikan kekosongan hidupnya.
Hakikat yang kita semua kena menghadapi adalah serupa dengan apa yang
disedari oleh Morrie sewaktu beliau menghidapi penyakit
Lou Gehrig,
yakni dunia masih sama hijau dengan masa sebelum beliau menghidapi
penyakit yang boleh membawa maut itu. Dunia tidak akan berhenti ataupun
tamat kerana anda mati. Pengalaman profesor itu sentiasa menghantuinya
yang mengamalkan penghidupan
egosentrik.
Albom belajar daripada Profesor Morrie bahawa makna hidup yang benar
adalah untuk memberi, menyayangi dan berkongsi apa-apa yang anda ada,
dan benda-benda ini diturunkan pula dari satu generasi ke satu generasi.
James Redfield memberi pandangan
Zaman Baru ("
New Age) terhadap makna hidup dalam bukunya, "Ramalan Celestine" ("
The Celestine Prophecy).
Beliau menyarankan bahawa makna hidup boleh ditemui dalam diri sendiri,
melalui siri wawasan rohaniah peribadi. Kemudian, dalam bukunya yang
dikarang bersama-sama dengan Michael Murphy bertajuk "Tuhan dan Alam
Semesta yang Berkembang: Langkah yang berikut dalam Evolusi Peribadi" ("
God and the Evolving Universe: The Next Step in Personal Evolution") (
2002), beliau menuntutkan bahawa kemanusian hampir-hampir dalam proses mengalami pertukaran kesedaran.
Pengolahan yang lucu
Konsep "makna hidup" telah menjadi kata basi sehingga persoalan ini sering dipersendakan, seperti dalam siri
radio "Panduan Pengembara ke
Galaksi" ("
The Hitchhiker's Guide to the Galaxy") oleh Douglas Adams, yang kemudiannya diterbitkan sebagai
novel, siri
televisyen,
filem dan
permainan komputer. Jawapannya 42.
Mengikut ceritanya, sekelompok makhluk yang amat bijak (
tikus) telah membina sebuah
komputer raksasa yang digelarkan "Pemikiran Mendalam" ("
Deep Thought") untuk mencari jawapan tentang hidup,
alam semesta dan segala-galanya. Tujuh setengah
juta
tahun kemudian, komputer itu memberi jawapan: "42". Selepas memberi
jawapannya kepada hadirin, komputer itu menerangkan bahawa masalah
jawapan itu disebabkan oleh ketiadaan sesiapa yang faham akan soalannya.
Atau kemungkinan, hidup tidak mempunyai makna apa-apa selain daripada
"Apa yang anda lihat, anda dapat", sebagaimana yang digambarkan oleh
filem komedi, "Makna Hidup" ("
The Meaning of Life"):
anda dilahirkan, anda makan, anda bersekolah, anda bersetubuh, anda
mempunyai anak-anak, anda menjadi tua (sekiranya tiada sesiapa yang
membunuh anda dahulu), anda mati dan di
Syurga, setiap hari merupakan
hari Krismas.
Pada akhir filem itu, Michael Palin diberikan sekeping sampul surat,
membukanya dan berkata secara acuh tak acuh: "Uh, tiada apa-apa yang
istimewa. Cuma cuba berbaik dengan orang, elak makanan
lemak,
baca sekali sekala buku yang bagus, membuat senaman jalan kaki serta
cuba berhidup bersama-sama dengan semua kaum secara damai dan
berharmoni."
Rufus, seekor
tikus afrika botak daripada siri televisyen "Kim Possible" mendesak bahawa makna hidup ialah
keju.
Tafsiran Paul Gauguin boleh diperlihatkan dari lukisannya, "Dari
manakah kita datang? Apakah kita ini? Ke manakah kita akan pergi?" ("
Where Do We Come From? What Are We? Where Are We Going?").